src="http://www.mcoba.org/whiteband_small_right.js"> The Lighter Side of MCOBA: Raja Nazrin Shah's Speech, 6 Aug 2005 @ MCKK

Friday, October 14, 2005

Raja Nazrin Shah's Speech, 6 Aug 2005 @ MCKK

Appended here is the speech by the Chairman, MCKK Board of Governors, Raja Nazrin Shah, during MCKK's Speech and Prize-Giving Day held on 6 August 2005:

(The speech is in Malay; sorry there is no translation to English)

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA, RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
RAJA NAZRIN SHAH, SEMPENA HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR, 6 OGOS 2005 (SABTU); 9.30 PAGI.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Bismillahi Rahmani Rahim

Segala puji milik Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam yang menguasai segala khazanah ilmu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, para keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya kepada sekalian para ulama dan para tabiin. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

2. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana dengan izin dan rahmat dari Nya jua, Beta dapat berangkat ke Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada pagi ini.

3. The Malay College Kuala Kangsar telah mencapai usia 100 tahun. Kelahiran Kolej ini pada tahun 1905, adalah hasil dari pemikiran yang dirumuskan oleh Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu berpandangan adalah penting bagi anak bangsa, dibekalkan dengan kandungan pendidikan dan diperlengkap dengan penguasaan ilmu pengetahuan selaras dengan keperluan semasa negara dan dunia. Fikiran radikal Raja-Raja Melayu 100 tahun lalu, telah mencetuskan satu revolusi pendidikan kepada orang Melayu khususnya dan kepada negara secara menyeluruh. Sesungguhnya penubuhan MCKK adalah pemangkin kepada proses pendemokrasian program pendidikan di negara ini.

4. Setelah berusia 100 tahun, MCKK telah mencipta sejarah—telah mencapai tahap kegemilangan. Namun kegemilangan tidak akan kekal selamanya. Kegemilangan tidak dapat dipertahankan semata-mata kerana sejarah kecemerlangan masa lalu. Kegemilangan memerlukan penciptaan kejayaan baru, keupayaan untuk senantiasa berada di barisan hadapan, keberanian menerokai perbatasan baru, kesanggupan melakukan pembaharuan.

5. Pada hemat Beta, MCKK telah mencapai tahap kematangan untuk diberikan kepercayaan, menguruskan program pendidikan di kolej ini, dengan kaedah dan pendekatan baru; kaedah dan pendekatan pendidikan yang lebih kontemporari. MCKK harus diberikan peluang menjadi penggerak, membawa negara dan warga melakukan pengubahsuaian, agar lebih seiring dengan perkembangan dunia global, supaya sumber insan yang dibangunkan, lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di abad ke dua puluh satu.

6. 100 tahun yang lalu, MCKK merupakan institusi yang berjaya menempatkan anak Melayu dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu untuk diletakkan di bawah bumbung pendidikan yang sama. Perasaan orang Melayu ketika itu, yang begitu tebal bersifat kenegerian, telah dapat ditipiskan. Malah melalui proses pendidikan yang dilalui di MCKK, mereka membina satu ikatan persaudaraan yang kuat. Ikatan persaudaraan yang sangat diperlukan dalam proses penyatuan warga, terutama dalam gerakan memperjuangkan kemerdekaan dan dalam usaha mengisi agenda kemerdekaan.

7. Dunia tanpa sempadan dan perkampungan global adalah satu realiti. Negara menyedari, betapa pentingnya dijalinkan rangkaian kerjasama erat, di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa. Peranan negara dalam badan-badan antarabangsa semakin penting. Kepentingan negara di peringkat antarabangsa juga semakin menyeluruh.

8. Dalam hubungan ini, negara hendaklah terus bijak, mengatur langkah strategik, mengambil peranan sebagai pemimpin, memenuhi keperluan dan permintaan di persada antarabangsa. Negara harus berani dan harus bersedia, berfikiran lebih terbuka—lebih fleksibel, dalam melaksanakan program pendidikan. Kurikulum pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti “International Baccalaureate” wajar diperkenalkan kepada para pelajar di institusi pengajian tempatan.

9. MCKK adalah antara pusat pendidikan yang memiliki keupayaan untuk diserah melaksanakan tanggung jawab sedemikian. MCKK di abad ke dua puluh satu, harus dibangunkan hingga mencapai taraf antarabangsa; berupaya menawarkan tempat pengajian kepada pelajar Melayu dari serata dunia. MCKK bersedia mengambil tanggung jawab, menjadi perkampungan akademik bagi seluruh rumpun Melayu. MCKK mempunyai potensi, menjadi tapak semaian tunas muda Melayu membina rangkaian hubungan dan rangkaian kerjasama di peringkat global.

10. Untuk itu, atas nama Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK, Beta menawarkan kepada negara, akan kesedian MCKK mengambil tanggung jawab besar tersebut; tanggung jawab membantu menrealisasikan hasrat dan impian negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju; negara bangsa yang dapat berperanan aktif, menrealisasikan perlaksanaan program pembangunan insan di peringkat antarabangsa. 100 tahun yang lalu, MCKK telah mengambil langkah mencantumkan pemikiran muda Melayu di tanah air ini, melalui program pendidikan. Biarlah, Bandar Di Raja Kuala Kangsar, sekali lagi menjadi tanah dan bumi, tapak semaian yang dapat mencantumkan dan menyatukan pemikiran dunia Melayu.

11. MCKK di era globalisasi, di era teknologi maklumat dan komunikasi, di era ekonomi berpaksikan pengetahuan, perlu berani mengambil tanggung jawab lebih besar selaras dengan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju, sejajar dengan impian negara untuk menjadi pusat pendidikan ulung di rantau ini.

12. Beta mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah memperolehi tahap pencapaian melayakkan mereka menerima penghargaan pada pagi ini. Semoga pencapaian hari ini, dijadikan tangga untuk memperoleh kejayaan lebih besar. Dalam kegembiraan memperoleh kejayaan ini, jadikan diri, insan yang senantiasa bersyukur atas nikmat anugerah ILAHI; jadikanlah diri, insan yang mengamalkan budaya berterima kasih kepada mereka yang begitu berjasa dalam hidup saudara-saudara, terutamanya kepada para guru dan ibubapa. Semoga setiap diri kita, dikurnia kejayaan, senantiasa mendapat rahmat, lindungan dan bimbingan ILAHI.

Wabillahi taufik, wal hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 Comments:

Blogger Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

9:53 PM  

Post a Comment

<< Home